Michi's Story The Panda Contact Michi's Music

lyrics for the day..

Cukuplah sekadar hidup dengan penuh bermakna..

Anyeonghaseyo~~

Tuesday, March 22, 2011

Cabaran 30 Hari menjadi guru praktikum ~Chapter 2~


Murid tekun menjawab lembaran kerja yang diberikan~~

Sempat lagi menggambar bah..hehe


Belajar dengan bantuan BBB adalah lebih berkesan~~






cantik, simple, berkesan = RM2.20

Hula Hoop!

second day pass by..and here are the stories...

Hari ini saya masuk kelas untuk mengajar matapelajaran matematik kepada murid pemulihan. Saya cuma menerima seorang murid yang bermasalah dalam matematik, so sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak begitu merisaukan..

Kelas saya bermula pada jam 12.25 pm sehingga 1.25 pm, iaitu jam pertama semasa sesi petang sekolah saya bermula. Semalam saya sudah membuat beberapa persediaan termasuklah menulis Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan menyediakan beberapa set lembaran kerja untuk murid. bagi program pemulihan, RPH biasanya ditulis menggunakan kaedah berkumpulan tetapi memandangkan saya cuma mempunyai seorang murid pemulihan untuk matapelajaran matematik, saya menulis RPH secara pengajaran kelas ataupun individu. Esok lusa berlainan pula kerana saya akan mengajar Bahasa Melayu pemulihan dan saya menerima 7 orang murid yang bermasalah dalam menguasai kemahiran Bahasa Melayu. Cabaran? Yahh!! BRING IT ON nenek saya bilang.

Pagi tadi saya bangun awal untuk meneruskan persediaan saya, seawal jam 9 pagi saya keluar ke pekan untuk membeli bahan-bahan yang akan digunakan sebagai bahan bantu mengajar. Saya telah menggunaakn batu-batu hiasan dan piring plastik sebagai Bahan Bantu Mengajar saya. Pensyarah selalu cakap, buat BBM sendiri tetapi kali ini saya cuma menggunakan bahan-bahan yang sedia ada kerana saya tidak mempunyai cukup masa untuk menyediakan BBM hasil buatan sendiri. Mungkin lain kali bolehlah..



Bagaimana dengan sesi pengajaran dan pembelajaran tadi?

saya tidak mempunyai sebarang masalah rasanya sebab saya rasa semuanya berjalan dengan lancar. Saya memanggil keluar murid pemulihan saya daripada kelas perdana untuk datang ke bilik pemulihan khas untuk melaksanakan sesi PnP. Nama dia Julaika Allaya, orangnya sangat pendiam dan pemalu. Tetapi apabila saya membawa dia berbual dan cuba untuk membuat dia berasa mesra dengan saya, dia nampaknya senang untuk dibawa bergaul dan sangat baik, GOOD GIRL~~


Baik lah..itu cerita lain, sekarang cerita lain..

Selepas habis sesi PnP saya tengahhari tadi, bermulalah masa-masa yang boleh dikatakan bosan pada hari ini, start jam 1.30 sehingga 5.30 petang tadi, saya cuma BERTAPA di bilik pemulihan. Sempat lagi saya memejamkan mata akibat mengantuk terlalu bosan tiada kerja untuk dibuat. selain daripada itu, saya cuma menulis, menulis, dan menulis untuk menghilangkan bosan saya sambil ditemani dengan lagu-lagu yang keluar daripada speaker SE Aino.

Apa yang saya tulis?

- Jadual pelaksanaan tugasan
- RPH Matematik (untuk ASSignment PKP 3110)
- Refleksi harian
- etc

nah! begitulah hari kedua seorang guru pelatih PISMP Pemulihan yang menjalani praktikum di Sek. Keb Laya-Laya, Tuaran..

Esok Tuhan seja yang tau..chewaaa!!

Diari hari kedua,

8.21 p.m

No comments:

Another lyrics to share

Urang Limpas-Limpas

Panda Walk Away

Stalkers..hehe