Michi's Story The Panda Contact Michi's Music

lyrics for the day..

Cukuplah sekadar hidup dengan penuh bermakna..

Anyeonghaseyo~~

Thursday, September 8, 2011

Hari Terbuka Asrama Raya Kent~~

Satu aktiviti yang menarik, unik dan jarang sekali dibuat, apatah lagi di dalam kampus Kent ini sendiri. Belum pernah ada aktiviti sebegini dianjurkan sepanjang tempoih 4 tahun and a half saya mendiami kediaman asrama kampus. Sebelum ini pernah diura-urakan untuk mengadakan aktiviti sedemikian setiap kali menjelang sambutan Hari Raya peringkat kampus. Namun demikian, tidak pernah kesampaian seperti melepaskan batuk di tangga sahaja. Saya pernah terlibat dengan proses perancangan aktiviti sebegini pada tahun-tahun yang lalu semasa masih berkhidmat dalam Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, namun tidak mendapat sokongan daripada pihak atasan. Atas cadangan sekali lagi pada tahun ini, dapatlah aktiviti sebegini dianjurkan.

Michi is writing about something, but about what?

Aktiviti yang saya katakan adalah hari terbuka asrama raya peringkat IPG Kent. Aktiviti ini sebenarnya melibatkan lawatan pelatih perempuan ke asrama Putera dan lawatan pelatih Lelaki ke asrama Puteri. Aktviti yang sememangnya bagus, terutama sekali untuk membangkitkan semangat para pelatih yang malas untuk membersihkan bilik masing-masing..hihi

Pada awal aktiviti, semua guru pelatih dihimpunkan di dalam Dewan Tun Mustapha untuk sesi taklimat. Kemudian, pelatih lelaki dibenarkan kembali ke asrama untuk membuat persediaan menyambut kehadiran pelawat ke dalam asrama kami, yakni pelatih perempuan, para pensyarah dan staff sokongan. Selepas sesi lawatan pelatih perempuan ke dalam asrama Putera, pihak pelatih lelaki pula akan bertandang ke asrama Puteri untuk membalas lawatan. Selama 30 minit masa diberikan untuk setiap sesi lawatan asrama Putera dan asrama Puteri.

The ladies enter my friend's room

My classmates enter my room, they're sitting on my roommate's bed

The boys ready to welcome the guests in their room

Agak kekok rasanya apabila rakan-rakan pelatih perempuan bertandang ke dalam bilik saya yang sememangnya Boy's Room penuh dengan identiti seorang lelaki (faham-faham lah kio)..namun, perasaan kekok dan malu itu hilang apabila kami (pelatih lelaki) bertandang ke asrama Puteri untuk membalas lawatan.

Comfy sitting on the girl's bed (not that girl)..hihi

The girl's bed..

The girl's bed match with me..also the wall

Wah! Amboi! Aik! Fuiyo!

Begitulah antara ungkapan kami (pelatih lelaki) apabila masuk ke dalam bilik kawan-kawan kami (pelatih perempuan)..sememangnya bilik perempuan lebih cantik dan lebih kemas daripada bilik kami tetapi adakah view yang kami lihat itu adalah pada masa itu sahaja ataupun memang bilik mereka sentiasa bersih, cantik, dan kemas? fikir-fikirkan..hihi

Saya sempat melawat rakan sekelas saya yang sudah 5 hari tidak hadir ke kelas kerana sakit. Dia rasa gembira dengan kehadiran kami. Agak rasa puas juga melawat asrama Puteri ni..hihi..bukan apa, tetapi puas dihidangkan dengan kuih dan biskut raya..jimat duit untuk LUNCH..

Eat..eat..eat

No comments:

Another lyrics to share

Urang Limpas-Limpas

Panda Walk Away

Stalkers..hehe