Michi's Story The Panda Contact Michi's Music

lyrics for the day..

Cukuplah sekadar hidup dengan penuh bermakna..

Anyeonghaseyo~~

Friday, September 9, 2011

All about Panda

Ada sesiapa yang suka menonton Kung Fu Panda tak?

Movie yang mengisahkan proses transformasi seekor panda yang gemuk, kuat makan dan bekerja di kedai makan kepada seorang pahlawan Kung Fu yang digelar sebagai  " Dragon Warrior "..

Tapi entry kali ini saya bukan menyebut mengenai cerita panggung wayang itu, tetapi saya ingin kongsikan fakta-fakta menarik mengenai haiwan comel yang digelar Panda..




Sekali imbas, seseorang mungkin akan memanggil haiwan ini sebagai beruang sekiranya tidak tahu nama sebenar haiwan ini. Susuk badan dan rupa haiwan ini seakan-akan seekor beruang, tetapi berbeza daripada segi saiz bentuk badan kerana beruang adalah haiwan yang lebih besar manakala panda mempunyai susuk badan yang lebih kecil daripada beruang. Selain daripada itu, panda lebih sinonim denan warna hitam putih pada bulunya. Kita boleh katakan haiwan yang serupa dengan beruang dan mempunyai buli hitam putih itu mungkin adalah panda, tetapi haiwan yang mempunyai bulu hitam putih tidak mungkin beruang.

Faham kan apa yang saya maksudkan dengan Panda lebih sinonim dengan warna bulu hitam putih?

Walaubagaimanapun, Panda sebenarnya tergolong dalam kategori keluarga beruang. Berdasarkan apa yang saya tahu dan baca setakat ini, terdapat 3 jenis panda iaitu Panda, Panda Gergasi, dan Panda Merah.


Mari kita lihat beberapa fakta yang saya boleh kongsikan mengenai ketiga-tiga jenis panda ini:

1. Panda Merah


- Panda merah mempunyai ukuran panjang tubuh hanya 79 hingga 112 cm
- Dikenali juga sebagai Panda Kecil
- Panjang ekornya adalah 28 hingga 48,5 cm
- Hidup di hutan pegunungan dan hutan bambu pada ketinggian 1800 hingga 4000 meter di sepanjang lereng tenggara Himalaya.
- Terdapat dua subspesies panda merah, iaitu panda merah barat (Ailurus fulgens fulgens) yang tinggal di daerah barat dan panda merah Styan (Ailurus fulgens styani) yang tinggal di daerah Szechuan Yunnan dan Myanmar timur laut.
- Makanan panda merah umumnya adalah pucuk bambu, rumput berair, akar-akaran, buah beri, buah-buahan, dan juga anak burung, telur, pengerat kecil serta serangga.
- Panda merah lebih dekat pada keluarga cerpelai berbanding keluarga beruang

2. Panda Biasa


- Panda biasa mempunyai ukuran panjang tubuh yang sepanjang 150 cm
- Panjang ekornya adalah 16 cm
- Panda biasa mempunyai berat 125 kg
- Jangka hayat panda boleh mencecah sehingga 35 tahun (berdasarkan panda yang dijaga di dalam zoo)

3. Panda Gergasi
- Panda Gergasi mempunyai tapak tangan luar biasa, dengan "Ibu Jari" dan lima jari. Ibu jari panda gergasi merupakan tulang pergelangan tangan yang diubahsuai.
- Panda Gergasi juga dikenali sebagai beruang separuh warna.
- Saudara beruang panda gergasi yang paling dekat adala Beruang Spectacled  dari Amerika Selatan
- Pandas Gergasi merupakan spesies terancam, diancam oleh kehilangan habitat berterusan dan kadar kelahiran yang rendah

 Panda life cycle






Semoga sharing ini menghiburkan anda..:)

2 comments:

~KLaRaPaRiS~ said...

COMEL >.< nda macam ko.. jangan perasan.. ahaha

Jmle Rmle said...

aik..sy lebih cumil drpd tu panda bha..hahaha..kalah ko..haha

There was an error in this gadget

Another lyrics to share

Urang Limpas-Limpas

Panda Walk Away

Stalkers..hehe