Michi's Story The Panda Contact Michi's Music

lyrics for the day..

Cukuplah sekadar hidup dengan penuh bermakna..

Anyeonghaseyo~~

Sunday, March 20, 2011

Cabaran 30 Hari menjadi guru praktikum ~Chapter 1~

Hari ini merupakan hari pertama saya menjejakkan kaki di SK Laya-Laya, Tuaran sebagai seorang guru praktikum. Praktikum ataupun juga dikenali sebagai latihan mengajar ini merupakan pengalaman sulung saya untuk menimba pengalaman sebagai seorang guru pemulihan khas. Hari pertama nampaknya "OKlah" kerana sekolah itu cuma sekolah kebangsaan yang kecil dan mempunyai bilangan murid yang kecil, cuma seramai 260 lebih orang murid. Namun begitu, sekolah saya itu ada dua sesi, iaitu sesi pagi dan sesi petang. Saya bertugas pada sebelah petang sehingga matahari mula menutup tirai.

Perasaan pada hari pertama?

Agak sempoi datang ke sekolah tanpa perasaan risau dan entah kenapa begitu. Tanggapan pertama saya terhadap sekolah tersebut adalah seperti beikut:

"Sombong juga guru-guru dia ni, urang salam pun tidak senyum"

"Mesti nakal berabis budak-budak sini ni, diorang bilang banyak pilak"

"Garang-garang ow semua muka cikgu-cikgu dia"

"Ganas juga budak tu, menuding jari sama cikgu dia"


NAMUN...


selepas beberapa jam kemudian..


"Wah! bagus ow cikgu-cikgu dia, mesra ni semua"

"bes ow murid-murid dia, saya suka"

"mesra cerita ow guru-guru dia ni"

"nasib baik ow guru-guru dia sangat memberikan kerjasama sama sia"

"SAYA SUKA INI SEKOLAH!"


Begitulah perasaan saya semasa hari pertama. Esok saya akan mula mengajar kelas pemulihan, iaitu pada sesi petang nanti. Hari ini saya cuma menyampaikan surat-surat"CINTA" dari IPG kepada pihak SEKOLAH. Sebelum pulang, saya sempat bertemu dengan guru pembimbing saya, iaitu guru pemulihan khas di sekolah tersebut. Orangnya sangat baik dan sangat memberikan kerjasama. Beliau sedang sarat mengandung dan bila-bila masa sahaja saya akan mengambil kesemua masa mengajar beliau. Oh ya! lupa saya beritahu. Saya akan mengajar 8 waktu kelas pemulihan khas dalam seminggu. 4 waktu untuk matapelajaran Bahasa Melayu dan baki 4 lagi untuk matapelajaran matematik. Saya menerima 8 orang murid, iaitu 7 orang murid Tahun 2 dan 1 orang murid tahun 3. Saya akan mengajar Bahasa Melayu kepada murid Tahun 2 dan Matematik kepada murid Tahun 3.


Esok nak mengajar sudah, jom buat RPH!


Diari hari pertama,

2.19 p.m

No comments:

Another lyrics to share

Urang Limpas-Limpas

Panda Walk Away

Stalkers..hehe