Michi's Story The Panda Contact Michi's Music

lyrics for the day..

Cukuplah sekadar hidup dengan penuh bermakna..

Anyeonghaseyo~~

Wednesday, February 23, 2011

Pelangi selepas Hujan~~


Mulakan hari dengan secawan milo dan bun sebagai sarapan pagi di hari yang penuh kemuliaan. Hari ini hari yang baru lagi kerana Tuhan sentiasa memberikan sesuatu yang baik kepada umatnya. Ambil pengalaman semalam untuk menyedarkan kita akan siapa diri kita yang sebenar kerana sesuatu perkara yang kita alami itu ada mukjizatnya tersendiri dan pasti suatu hari nanti kesabaran yang kita tanam dalam diri akan membuahkan hasilnya seperti buah di Taman Eden. Jangan jadikan kesilapan yang kita lakukan pada hari kemarin untuk berputus asa dan tidak mahu berbuat seperti yang direncanakan oleh Tuhan. Itu tidak memberikan apa-apa kebaikan kepada kita. tanamkan dalam diri untuk terus hidup dalam cintakasih Tuhan. Pasti ada mukjizat yang berlaku ke atas diri ini sekiranya kita tahu bagaimana untuk mengawal keadaan, paling tidak pun mengawal diri ini supaya terus menjalani hari-hari dengan tenang dan mampu untuk melepasi segala rintangan yang mendatang.

Doa pagi:

Tuhan,

Berikan aku kekuatan kerana aku sangat lemah menjalani pencobaan yang engkau berikan kepadaku. Berkatilah keluarga, rakan-rakan, dan diriku agar selalu setia melakukan kehendakmu. Maafkanlah kami kerana selalu mengabaikan firmanmu. Berikan kami rezeki pada hari ini dan bantulah kami agar kami juga daapt memberitakan khabar gembira kepada semua orang dengan berkongsi apa sahaja yang kami miliki.

Tuhan, kumulakan hari ini dengan mengatakan AMEN, aku percaya..


p/s: Setiap hari itu adalah istimewa..

No comments:

Another lyrics to share

Urang Limpas-Limpas

Panda Walk Away

Stalkers..hehe