Michi's Story The Panda Contact Michi's Music

lyrics for the day..

Cukuplah sekadar hidup dengan penuh bermakna..

Anyeonghaseyo~~

Thursday, July 8, 2010

Bertumbuh dalam Iman~~


Adakalanya hati terasa berat untuk melakukan sesuatu kerana dipengaruhi oleh perasaan yang tidak sebegitu penting. apa yang ingin dilakukan adalah untuk menggunakan kekuatan dalam diri sebagai faktor utama kepada proses pertumbuhan dalam kehidupan dengan mengikuti aktiviti atau pun mengendalikan sendiri aktiviti tersebut. Namun, kadangkala kekuatan itu sendiri boleh menjadi satu kelemahan bagi kita. Setiap detik kehidupan yang berputar seperti roda tidak ketentuan penghujungnya ada percobaan dan apa yang perlu dilakukan adalah dengan memperbaiki kelemahan diri. Saya mungkin seorang yang lantang bersuara dan suka bercakap, tetapi dalam diam rasa dan fikir mengatakan setiap kata-kata atau hujah-hujah yang disampaikan itu menunjukkan kelemahan yang ada pada diri. oleh sebab itulah kadangkala diri dilabelkan sebagai seorang yang pendiam. Permulaan semester ini sudah membuka seribu minda dan sejuta idea bakal direalisasikan. Di manakah kekuatan dan keberanian yang perlu ada untuk menjadi benih yang bertumbuh dan adakah proses transformasi itu benar-benar boleh menjadikan seseorang itu dewasa.

Semester ini saya akan lebih bergiat aktif dalam mendewasakan bukan sahaja diri tetapi potensi yang ada pada diri. Mungkin masa-masa yang lalu amnya dan semester lalu khususnya, saya seorang Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, saya mungkin pengerusi bagi program Rekoleksi 3G Catholic Student Group, saya mungkin pemuzik yang aktif dalam aktiviti Kent Christian Fellowship, saya mungkin seorang Pengerusi program Bina Insan Guru, saya mungkin seorang individu yang bergiat aktif dalam membuat persembahan muzik di dalam kampus, saya mungkin seorang guru pelatih yang bersemangat untuk terlibat dalam aktiviti kampus, dan mungkin juga saya seorang yang dikatakan terlalu "minta puji" kerana melibatkan dri dengan aktif dan mengatakan semua ini.. hakikatnya saya cuma mahu mengisi kekosongan di mana tiada individu lain yang mahu melakukannya.

Semester ini saya mulakan cabaran mendewasakan potensi diri dengan menjadi Ketua Unit dan mengetuai rakan-rakan yang lain untuk meningkatkan kecemerlangan unit kami. tidak ada apa-apa yang saya mahu banggakan, juga tidak ada apa-apa yang mahu saya buktikan. Apa yang saya mahu lakukan adalah untuk menjadi diri sendiri kerana sifat hyperaktif dalam darah yang mengalir menjadikan saya seorang yang suka "menyibukkan diri". Bertumbuh dalam iman, sesuai dengan tajuk post, awal semester ini juga saya menjadi pengerusi bagi Kem yang dianjurkan di bawah kumpulan Kent Christian Fellowship. dua tugas utama dalam 2 minggu yang pertama bagi semester ini cuma merupakan salah satu daripada cabaran yang perlu saya tempuhi dalam proses mendewasakan rasa dan fikir. sekiranya saya dipanggil Tuhan pada kemudian hari, tidak ada apa-apa yang saya sesali kerana saya sudah melalui proses bertumbuh dalam iman, dan tugas saya sebagai seorang manusia adalah untuk melaksanakan aktiviti demi kepentingan orang lain dan bukannya diri sendiri kerana saya percaya apa yang saya tabur itu adalah sesuatu yang bakal dituai suatu hari kelak. AMEN~~

No comments:

Another lyrics to share

Urang Limpas-Limpas

Panda Walk Away

Stalkers..hehe